Cara Hilangkan Kembung Perut Bayi

Bagi sesiapa yang pertama kali dianugerahkan cahaya mata, pasti perasaan teruja dan gembira memenuhi ruang hati pasangan suami isteri.

Namun apabila bayi tersebut mula menangis tanpa diketahui puncanya pasti hati jadi penasaran dan tidak tahu apa yang berlaku dan apa yang perlu dilakukan.

Salah satu masalah yang sering berlaku adalah kembung perut bayi.

Masalah ini sering berlaku dan ianya adalah suatu fenomena yang normal kerana bayi akan mengalami kembung perut pada usia dua minggu dan biasanya akan kembali normal pada bulan kedua atau ketiga.

Namun yang menjadi persoalannya ialah apakah punca kembung perut ini dan apakah inisiatif yang boleh diambil bagi hilangkan kembung perut bayi

 

Punca utama bagi kembung perut bayi adalah berpunca dari pemakanan sama ada apa yang diberi kepada bayi mahupun apa yang diambil oleh ibu yang menyusu.

Bayi boleh terkena kembung perut sekiranya ibu yang menyusu menyusukan bayi dengan cara dan teknik yang salah.

Ini akan menyebabkan angin mudah masuk ke dalam badan bayi.

Kembung perut juga berpunca apabila ibu yang menyusu mengambil makanan yang berangin seperti brokoli.

 

Walaubagaimanapun, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

Terdapat beberapa cara bagi mengatasi masalah perut kembung bayi ini antaranya menggunakan kaedah penyusuan yang betul, mengambil makanan yang bersesuaian dan tidak berangin serta mengurut bayi dengan menggunakan minyak angin yang bersesuaian.

 

1.kaedah penyusuan yang betul

 Ketika menyusukan bayi, ibu hendaklah memastikan mulut anak memenuhi puting agar bayi tersebut dapat menyedut susu sepenuhnya dan tidak menyedut angin masuk ke dalam badan. Tambahan lagi, setelah menyusukan bayi, ibu menyusu hendaklah mensendawakan bayi bagi mengeluarkan angin yang terperangkap di dalam tubuh bayi.

Namun teknik yang betul perlulah diaplikasikan agar tiada sebarang kesan sampingan terhadap bayi.

 

2.pemakanan yang seimbang

Seterusnya, ibu yang menyusu hendaklah mengambil pemakanan yang seimbang dan sesuai serta tidak berangin seperti brokoli, kubis, kafein, atau dari sumber tenusu.

Walaupun pemakanan ibu seolah olah tidak memberi apa apa kesan, namun ibu menyusu haruslah sedar bahawa bayi yang disusukan memperoleh hasil daripada pemakanan ibu menyusu.

 

3.mengoleskan minyak angin

Selain itu, sekiranya bayi tersebut masih mengalami kembung perut walaupun perkara perkara di atas sudah dilakukan, ibu bapa bolehlah mengambil inisiatif dengan mengoleskan minyak angin bayi yang bersesuaian dan mengurut bahagian perut dan belakang badan bayi bagi mengurangkan perut kembung dan melegakan rasa sakit.

 

4.berjumpa dengan doktor pakar

Tambahan lagi, kembung perut bayi juga boleh berpunca daripada pengambilan susu formula yang tidak bersesuaian dengan bayi.

Ini boleh terjadi berkemungkinan daripada bahan bahan yang digunakan dalam pembuatan susu tersebut alergik terhadap bayi tersebut.

Oleh itu, sekiranya masalah kembung perut bayi ini berlanjutan sehingga jangka masa yang panjang, seeloknya ibu bapa disarankan untuk berjumpa dengan doktor pakar bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh bayi tersebut.

Bagi langkah keselamatan, sebelum memberikan susu formula kepada bayi, ibu bapa hendaklah meminta nasihat daripada doktor terlebih dahulu mengenai produk yang sesuai untuk bayi mereka.

 

5.membedung bayi

 Bayi perlulah dibedung dengan cara yang betul seperti meluruskan anggota badan bayi agar tubuh badan bayi dapat berehat dalam keadaan rileks.

Cara ini juga sesuai kerana kembali kepada fitrah bayi ketika berada di dalam kandungan ibu di mana pergerakan bayi akan menjadi terhad.

Selain itu, boleh juga mencipta sebarang bunyi seperti bunyi kipas atau sebagainya kerana ketika di dalam kandungan, bayi juga terdedah kepada bunyi bunyi seperti percakapan sang ibu.

 

Kesimpulannya, anak adalah anugerah yang terindah bagi pasangan yang telah berkahwin. Maka, pasti semua pasangan inginkan yang terbaik untuk anak anak mereka.

Oleh itu, pasangan yang mempunyai anak mestilah menjaga anak yang diperolehi dengan sebaik-baiknya sejak mereka bayi lagi.

Walaupun masalah kembung perut ini kedengan biasa di halwa telinga kita, namun jika ianya tidak dirawat dengan kaedah yang sebaiknya, pasti akan ada kesan sampingannya sama ada dalam jangka masa pendek mahupun jangka masa yang panjang.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Justeru, bayi yang suci itu haruslah dijaga dengan rapi dan sempurna bagi tumbesaran yang sempurna.

 

Jangan Lupa Share

Facebook
Google+
Twitter
WhatsApp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × two =

Scroll to Top