6 Kelebihan Minyak Aromaterapi

Anda tidak boleh tidur?

Lelah padahal diam-diam saja?

Anda tertekan atau anda sedang kurang bersemangat?

Jangan risau kerana masalah-masalah seperti ini boleh diatasi dengan bantuan beberapa titis sahaja minyak aromaterapi.

Aromaterapi adalah istilah umum bagi salah satu jenis perubatan alternatif secara semulajadi serta bahan alami yang menggunakan bahan cairan dari tumbuh-tumbuhan yang sering dikenali sebagai minyak esensial dan senyawa aromatik lainnya dari tumbuhan.

Aromaterapi juga diperbuat daripada bahagian tumbuh-tumbuhan seperti akar,daun,bunga atau biji yang mengeluarkan bau-bauan yang harum.

 

Ramai orang sedar bahawa terdapat pelbagai kelebihan minyak aromaterapi boleh menyediakan  memperbaiki keadaan kesihatan seseorang.

Aromaterapi terkenal di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan England sebagai contoh, mereka menganggap kelebihan aromaterapi sebagai sesuatu yang amat berkaitan dengan teknik perubatan alternatif.Di bandar Kajang,Selangor terdapat sebuah syarikat yang diberikan nama KembangFreshcare telah ditubuhkan pada tahun 2013.

Syarikat ini telah berusaha membawa masuk ke dalam negara Malaysia dan mengedarkan minyak aromaterapi FreshCare keluaran PT Ultrasakti dari Indonesia.

Minyak aromaterapi ini juga sama dengan keluaran seperti Indonesia dari segi kualiti dan keberkesanannya.

 

Antara kelebihan-kelebihan minyak aroma terapi yang paling popular:-

 

1.Boleh Menghilangkan Stres Seseorang.

Sebatian aromatik yang diambil dari tumbuh-tumbuhan serta dari pelbagai minyak esensial yang berbeza boleh membantu untuk menenangkan fikiran dan menghilangkan kegusaran.Anda boleh pilih aroma yang sesuai dengan masalah anda seperti beberapa aromaterapi terbaik untuk menghilangkan stres seseorang adalah lemon, minyak esensial lavender, bergamot, peppermint, vetiver, dan ylang-ylang.

 

2.Boleh Mengurangkan Rasa Senggugut dan Kembung Perut.

Anda juga disarankan untuk memilih aroma seperti Cirtus,Green Tea atau Happy Cherry untuk membantu mengurangkan simptom-simptom tersebut.Minyak aroma terapi ini juga boleh digunakan untuk kanak-kanak yang mengalami masalah kembung perut tetapi harus mendapat pemerhatian dari orang yang lebih dewasa.

 

3.Dapat Mengurangkan Selsema.

Tahukah anda,sebatian aromatik atau rawatan pati bunga ini mampu memberikan keselesaan pada hidung anda hanya dengan menghidu bau aroma dan sapu sedikit bahagian hidung untuk mengurangkan gejala hidung tersumbat.Aroma terapi yang sesuai untuk anda gunakan adalah aroma Lavender,Green Tea atau Citrus.

 

4.Dapat Merawat kegatalan ringan dan gigitan serangga.

Anda disarankan untuk memilih aroma Lavender atau Sandalwood supaya dapat membantu anda mengurangkan kesakitan dan kegatalan akibat dari gigitan serangga atau gatal-gatal ringan.Ini juga salah satu kelebihan minyak aroma terapi yang ramai orang tidak tahu.

 

5.Boleh Meningkatkan Waktu Tidur Anda.

Satu kajian telah menunjukkan bahawa orang tua dapat “tidur seperti bayi” dek kerana bagi mereka yang mengalami masalah susah untuk tidur telah terkena bauan minyak aromaterapi Lavender. Mereka juga terpaksa mengambil pil tidur untuk meningkatkan tidur mereka sebelum penggunaan minyak aromaterapi ini.

 

6.Dapat Melegakan Sakit-sakit Sendi .

Kelebihan Minyak aromaterapi juga dapat mengurangkan ketegangan urat dan otot,berasa lenguh-lenguh sendi,sakit-sakit badan terutama di bahagian bahu,leher,pinggang dan sebagainya.Saranan aroma pilihan yang sesuai untuk masalah berikut ialah Sport atau Strong. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang terlibat dalam aktiviti lasak dan ahli-ahli sukan.

Pakar aromaterapi,Krissy Gee yang telah terlibat dalam bidang kecantikan dan kesihatan berkata “Penggunaan minyak pati/minyak aromaterapi secara sistematik dalam rawatan holistik dipercayai dapat memperbaiki tahap kesihatan fizikal dan emosi seseorang.”

 

Kesimpulannya,hal ini jelas menunjukkan aromaterapi merupakan pilihan rawatan penjagaan kesihatan yang mampu memberikan ketenangan pada seseorang individu melalui cara yang paling mudah dan mudah untuk didapati dalam pasaran kini dengan harga yang mampu milik iaitu dengan menggunakan minyak aromaterapi yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan semulajadi.

Jangan Lupa Share

Facebook
Google+
Twitter
WhatsApp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty + six =

Scroll to Top