6 Kegunaan minyak aroma terapi (essential oil)

minyak aroma terapi

Minyak aroma terapi ialah minyak essential yang terhasil daripada proses penyulingan atau proses mekanikal yang dipanggil menekan sejuk (cold pressing) dan bau daripada tumbuhan atau bahan yang telah diekstrak.

Sebatian organik ini mempunyai ciri yang istimewa bagi setiap bau kerana ia terhasil daripada tumbuhan semulajadi yang dikenali sebagai intipati.

Bahan yang telah diesktrak akan digabungakan atau dicampurkan dengan minyak pembawa bagi menghasilkan produk yang sedia untuk digunakan.

Proses penyediaan minyak aromaterapi ini penting kerana ia tidak akan menjadi minyak aromaterapi yang baik jika ia dihasilkan melalui proses yang tidak betul.

Banyak kegunaan yang dapat diperolehi daripada minyak wangi aroma terapi ini dalam kehidupan seharian kita dan ramai yang masih belum menyedari lagi akan kegunaan minyak ini. Jadi, mari kita rungkai satu persatu khasiat minyak aromaterapi ini supaya kita dapat mempertimbangakan kegunaannya pada masa akan datang.

 

1.Minyak aroma terapi untuk tidur

Antara kegunaan minyak aroma terapi dalam kehidupan seharian kita ialah ia dapat membuatkan tidur kita menjadi lebih lena.

Bagi sesetengah individu mereka mempunyai masalah untuk tidur pada waktu malam atau lebih dikenali sebagai insomnia.

Banyak faktor yang menyebabkan mereka ini tidak dapat tidur pada waktu malam seperti badan terlalu penat, sudah melepasi waktu tidur yang sepatutnya dan banyak lagi.

Kewujudan minyak aroma terapi ini dapat membantu dalam menyelesaikan masalah ini. Minyak aroma terapi yang dikatakan mampu untuk membantu membuatkan tidur anda lena ialah minyak yang beraroma lavender, chamomile, atau mawar.

Menurut beberapa penilitian, bauan ini dikatakan dapat membantu seseorang itu untuk tidur lena walaupun seseorang itu mengalami tekanan yang tinggi terutamanya aroma lavender. Aroma ini sangat membantu bagi anda yang mempunyai masalah tidur khususnya wanita.

 

  1. Minyak aroma terapi untuk redakan stress dan gugup.

Ramai dalam kalangan masyarakat pada masa kini mengalami stress kerana tuntutan hidup yang kadangkala mendesak.

Kewangan yang tidak stabil juga dapat membuatkan kita berasa stress terutamanya mereka yang tinggal di bandar metropolitan ini.

Bagi mereka yang cepat berasa cemas, minyak aromaterapi ini juga merupakan salah satu inisiatif bagi mengurangkan perasaan tersebut.

Antara aroma yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah stress dan juga cemas sini ialah mawar, sandalwood dan juga lavender yang dikategorikan sebagai aroma yang mempunyai bau yang lembut.

Minyak aromaterapi ini juga boleh digunakan bagi menenangkan individu yang mengalami masalah downsindrom ketika mereka diserang meltdown.

 

3.Minyak aroma terapi  untuk sakit kepala

Sakit kepala merupakan satu perkara yang biasa dialami oleh masyarakat masa kini kerana berdepan dengan pelbagai masalah.

Salah satu cara bagi menghilangkan sakit kepala adalah dengan menggunakan minyak aroma terapi yang beraroma peppermint.

Aroma peppermint mampu untuk melancarkan sirkulasi darah.

Justeru itu, sakit kepala yang kita hadapi itu akan beransur hilang setelah kita menggunakannya. Kajian telah dijalankan oleh Neurological Clinic di Kiel, Jerman menyatakan bahawa, gabungan beberapa minyak termasuklah aroma peppermint dapat memberikan kesan analgesic signifikan dengan menurunkan sensitivity terhadap sakit kepala.

Cara penggunaannya ialah oleskan sedikit di minyak peppermint di kepala dan pelipis bagi menghilangkan sakit kepala.

 

4.Minyak aroma terapi sebagai pencuci pinggan dan mangkuk

Produk pencuci di luar sana kadangkala tidak dapat untuk menghilangkan kotoran degil yang melekat pada pinggan dan mangkuk.

Jadi, dengan hadirnya minyak aroma terapi ini, ia dapat membantu menyingkirkan kotoran degil yang terdapat pada pinggan dan mangkuk.

Bagaimana ia harus digunakan?

Senang sahaja dengan menambahkan beberapa titis minyak lemon ke dalam bekas basuhan sebelum memulakan pembasuhan.

Ia sangat berkesan dalam menanggalkan kesan dan juga spot degil yang terdapat pada pinggan mangkuk anda.

 

5.Minyak aroma terapi untuk ibu mengandung dan bayi

Minyak aroma terapi ini boleh digunakan sebagai medium yang memberi ketenangan kepada ibu selepas bersalin dan juga bayi.

Kebanyakan ibu selepas bersalin mempunyai emosi yang tidak stabil dan jika hal ini dipandang remeh mereka mungkin akan mengalami postpartum depression atau lebih dikenali sebagai meroyan.

Emosi ibu-ibu selepas bersalin haruslah dijaga dengan baik bagi mengelakkan hal sedemikian berlaku.

Minyak aroma terapi dapat membantu mengawal emosi yang dialami oleh para ibu selepas bersalin bagi mendapatkan emosi yang lebih stabil.

Bagi bayi pula, mereka dapat tidur dengan nyenyak dan hal ini akan mempermudahkan para ibu dalam menjaga emosi mereka.

Minyak aroma terapi lavender biasanya digunakan dengan menyapukan minyak tersebut pada badan.

Ia akan memberikan tidur yang lena dan tenang kepada bayi dan ibu selepas bersalin.

 

6.Minyak aroma terapi untuk hilangkan jerawat

Akhir sekali, kegunaan minyak aroma terapi ini ialah ia dapat digunakan bagi menghilangkan jerawat.

Kegunaan minyak ini pastinya memberi kelebihan kepada para wanita yang gemar menjaga kulit muka daripada sebarang masalah.

Minyak yang digunakan ialah Grapeseed Oil yang diekstrak daripada biji anggur. Grapeseed oil mengandungi beta-carotene, vitamin C, D, E, serta asam lemak, salah satunya adalah linoleic acid atau yang biasa dikenal dengan nama omega 6. Grapeseed oil ini sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat kerana ia mengandungi bahan-bahan yang dapat mengelakkan jerawat daripada tumbuh pada muka kita.

Grapeseed oil ini juga boleh dijadikan sebagai toner, moisturizer, serum dan banyak lagi kegunaan bagi tujuan kecantikan.

 

Jadi, tidak hairanlah mengapa minyak aroma terapi ini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di luar sana.

Terdapat sesetengah individu yang  menjadikan perniagaan minyak aroma terapi ini sebagai punca pendapatan utama mereka.

Bagi anda di luar sana yang ingin merasai sendiri pengalaman dalam menggunakan minyak aroma terapi ini, anda boleh dapatkannya dengan mudah sahaja di luar sana.

Tunggu apa lagi?

Cepat dapatkan minyak aroma terapi ini kerana kegunaannya dapat memberikan kesan yang baik untuk anda.

 

Jangan Lupa Share

Facebook
Google+
Twitter
WhatsApp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × one =

Scroll to Top